Wednesday, 14 March 2012

Khasiat Surah Al-Qasas ayat 51-55

Khasiat Surah Al-Qasas ayat 51-55 dalam Menguatkan Ingatan


Surah Al-Qasas
51:  Dan sesungguhnya telah Kami (Allah) sampaikan berturut-turutan perkataan (al-Qur’an) kepada mereka, agar mereka mendapat peringatan.
52:  Orang yang Kami (Allah) datangkan kepada mereka kitab sebelumnya (al-Qur’an), mereka pun beriman dengannya.
53:  Dan apabila dibacakan (al-Qur’an) kepada mereka, mereka berkata: "Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia (al-Qur’an) adalah suatu kebenaran daripada Rab (Tuhan) kami, sesungguhnya kami sebelumnya (al-Qur’an diturunkan) telah pun Muslimin (orang yang menyerah).
54:  Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami (Allah) rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.
55:  Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya, dan mereka berkata: "Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Salam atas kamu, kami tidak inginkan orang jahil."

Ayat-ayat ini boleh digunakan untuk meningkatkan daya ingatan, memahami ilmu ntuk mengukuhkan keyakinan dalam hati.



Selain itu, digalakkan membaca zikir/doa berikut:



 “Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”


Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.

Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat


“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”

Dibaca sebanyak mungkin selepas solat.

Comments
0 Comments
Khas dari:

KhasiatQuran2u.info

Kemaskini: 09:52

0 comments:

Post a Comment

Penyumbang trafik

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop