Sunday 8 April 2012

Riba Menghancurkan Dunia!

Kenapa Allah SWT mengHARAMkan RIBA?



Mat: Bang Dol, pinjam skit duit. Nak beli top up. Nak telefon kedai Pak Din, mintak kerja.

Dol: Ok, abang boleh tolong. Nak berapa?

Mat: 10 ringgit je.

Dol: Boleh.. Nanti pulangkan 11 ringgit! Abang kira tolong kamu dapatkan kerja nie!

Mat: Ok.. ok.. Dapat kerja nanti saya bayar lebih pun tak pa..


Mungkin dialog perbualan seumpama ini biasa dituturkan antara sesama kawan. Tetapi sedarkah kita  membayar bunga atau istilah yang sebetulnya RIBA itu membawa keburukan yang sangat serius? Sehinggakan dikatakan dosa RIBA itu lebih teruk daripada 36 kali berzina! 

RIBA itu adalah bayaran tambahan yang dikenakan selain jumlah yang dihutang itu. Terdapat lagi banyak jenis bentuk RIBA, tetapi yang paling mudah adalah seperti dialog di atas. Dalam dialog tadi RIBA itu adalah RM1 tanbahan yang Mat perlu membayar kepada Dol atas 'pertolongan' itu. Namun jika dipikirkan, mungkin patut (mungkin, misal kata) diberi RM1 (RIBA) itu tadi kerana Dol telah membantu Mat. Tetapi Allah SWT tetap melarang perbuatan RIBA ini kerana mendatangkan keburukan walaupun RM1 sahaja. 

Allah SWT Maha mengetahui kesan buruk RIBA ini dan telah memberi larangan keras dalam Al-Quran. 

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah :




[275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[278] “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

[279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


Rasulullah SAW bersabda:
“Satu dirham riba yang dimakan oleh seseorang dalam keadaan ia mengetahuinya ia lebih buruk daripada berzina 36 kali”  (Hadis riwayat Ahmad dan Ad Dar Qutni)

Gambaran dosa pengambil riba ini di Padang Mahsyar, dalam Al-Quran disebutkan ; “ Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat “ ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah!..”.


Bagaimanakah RIBA ini boleh menghancurkan sesebuah tamadun? Mari melihat animasi berikut. Terdapat banyak lagi links di Youtube yang menyatakan konsep yang sama bagaiman RIBA menghancurkan sistem ekonomi secara keseluruhan.


Comments
0 Comments
Khas dari:

KhasiatQuran2u.info

Kemaskini: 04:54

0 comments:

Post a Comment

Penyumbang trafik

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop