Saturday, 3 March 2012

Ayat-ayat Pereda Kebencian



Ayat pereda Kebencian bermanfaat jika diamalkan untuk sihir perkahwinan, dibenci/dipulaukan oleh rakan sekerja, tempat kerja, rujuk kembali suami isteri yang bercerai dan sebagainya yang berkaitan dengan kebencian, pengasihan termasuk anak yang derhaka.

1. Surah al-Anfal (سورة الأنفال) ayat 30:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (٣٠)

Ertinya: dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya.

2. Surah al-Isra’ (سورة الإسراء) ayat 76:

وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ الأرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا وَإِذًا لا يَلْبَثُونَ خِلافَكَ إِلا قَلِيلا (٧٦)

Ertinya: dan Sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Makkah) Dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.

3. Surah al-Isra’ (سورة الإسراء) ayat 103:

فَأَرَادَ أَنْ يَسْتَفِزَّهُمْ مِنَ الأرْضِ فَأَغْرَقْنَاهُ وَمَنْ مَعَهُ جَمِيعًا (١٠٣)

Ertinya: maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi (Mesir) lalu Kami tenggelamkan Dia bersama-sama pengikut-pengikutnya seluruhnya.

4. Surah Ibrahim (سورة إبراهيم) ayat 13-14:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ (١٣) وَلَنُسْكِنَنَّكُمُ الأرْضَ مِنْ بَعْدِهِمْ ذَلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ (١٤)

Ertinya: dan berkatalah pula orang-orang Yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: “Demi sesungguhnya, Kami akan mengeluarkan kamu dari negeri Kami atau kamu menjadi seugama Dengan kami”. lalu Tuhan wahyukan, kepada Rasul-rasulNya: “Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan orang-orang Yang zalim. ۝ “Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu”.۝

5. Surah al-Isra’ (سورة الإسراء) ayat 80-81:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا (٨٠) وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١)

Ertinya: dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, Dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan Yang menolongku”, ۝ dan Katakanlah: “telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap”.۝

sumber: antalhaq.­blogspot.­com/­2012/­01/­ayat-­pereda-­kebencian.­html

Comments
1 Comments
Khas dari:

KhasiatQuran2u.info

Kemaskini: 08:32

1 comments:

Razf said...

thanks.. bagus ni :)

Post a Comment

Penyumbang trafik

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop