Al-Quran memang sebuah kitab suci yang luar biasa, Kitab Suci yang benar dicipta oleh Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini, kebenarannya sudah terbukti dari dulu. Salah satu bukti kebenarannya dari sekian banyak bukti kebenaran, yakni keajaiban nombor yang terdapat di dalam Al-Quran, tidak percaya? Baca sebuah artikel yang ditulis di bawah ini.
Proses awal penyusunan Al-Quran menjadi sebuah kitab dilakukan pada masa Khalifah Usman RA. Ayat-ayat pada lembaran-lembaran kulit, pelepah daun kurma, tulang, batu tipis, dan lain-lain. Kumpulan ayat-ayat ini kemudian dikenali mushaf pertama yang dibukukan. Khalifah Usman dan sahabatnya hanya membuat lima mushaf Al-Quran, tidak lebih. Mengapa hanya lima mushaf?
Iskandar AG Soemabrata dalam buku Pesan-Pesan Numerik Al-Quran terbitan Republika mempunyai alasan tersendiri. Menurut beliau, bilangan 5 diambil kerana Rasulullah menerima wahyu pertama berupa lima ayat di Gua Hira. Alasan kedua, kerana ada lima surah tertentu dalam Al-Quran yang penjumlahan nombor surah menghasilkan jumlah 114, atau jumlah dari seluruh surah dalam Al-Quran. Kelima surah itu adalah Al-Hijr, Az-Zumar, Al Ma’arij, Al Ghaasyiyah, dan Al Maa’uun.
Nama Surah | Nombor Surah | Jumlah Ayat | Nombor Surah ditambah jumlah ayat |
Al HijrAz Zumaar Al Ma’aarij Al Ghasyiyah Al Maa’uun | 15 39 70 88 107 | 99 75 44 26 7 | 15 + 99 = 114 39 + 75 = 114 70 + 44 = 114 88 + 26 = 114 107 + 7 = 114 |
Berdasarkan kajian yang dilakukannya sejak tahun 1983, sangat banyak ditemui mesej-mesej numerik dalam Al-Quran. Hal ini tidak menghairankannya, kerana dalam Al-Quran surah Al Qomar (54) ayat 49 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”.
Angka-angka, kata dia adalah simbolisasi dari ukuran itu. “Ertinya, Al-Quran memang mengajarkan pada kita untuk selalu belajar dan berkembang”, ujarnya. Ia lalu menyebut surat Al-Kahfi (4/10) ayat 25. Dalam surat pertama disebut: Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun lagi. “Mengapa tidak disebut mereka tinggal dalam gua selama 309 tahun? Ertinya Allah mengajarkan kita untuk mengira “, ujarnya.
Pakar tafsir Prof. Dr. Nasaruddin Umar juga mendedahkan, Al-Quran mempunyai kehebatan yang amat luar biasa terutama dalam rumus-rumus angka yang sangat ketat. Nasaruddin mengutip satu kenyataan Roger Berque, pakar Islam asal Perancis. Dalam bukunya De La Qoran, Roger Berque menyatakan Al-Quran ditulis 15 baris perhalaman, maka komposisinya akan sama secara simetri. Kalau di hujung kanan atas tertulis kata Allah, maka di kiri bawah akan tertulis pula kata Allah. “Begitu lah sebaliknya, jika di tengah-tengah halaman itu tertulis sebuah huruf, maka akan muncul huruf yang sama di tengah-tengah halaman selanjutnya”, Ujarnya.
Nazarudin juga mengutip pernyataan Dr. Rashad Khalifa, pakar Islam rakyat Amerika Syarikat keturunan Mesir, kehebatan Al-Quran boleh dilihat dari angka 19. Dia kemudian menulis rumus 19 yang boleh membahagi semua huruf yang ada di Al-Quran. Angka 19 ini, kata Nasaruddin, boleh dilihat dalam surat Al Muzammil yang terdapat ayat yang berbunyi: alaihi tis-’ata asyar ertinya diatasnya ada 19.
“Menurutnya Khalifa, semua huruf Al-Quran itu boleh dibahagi 19. Kata Alif Lam Mim sebagai awal surah Al-Baqarah boleh dibahagi 19. Begitu juga jumlah huruf alif, lam, dan mim yang ada pada surat Al-Baqarah jika dijumlahkan maka boleh dibahagikan 19. Ini benar-benar mukjizat Al-Quran “, tandas Prof Nasaruddin.
Apa di sebalik mesej-mesej numeric Al-Quran itu? Menurut Iskandar, semua itu membuktikan bahawa Al-Quran bukan karangan Muhammad SAW. Al-Quran adalah penuh mukjizat dan merupakan wahyu dari yang maha kuasa.
Selain itu Al Quran juga mengajar umat Muhammad untuk terus berfikir, kerana Al-Quran sendiri sarat dengan ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau menyebut Al-Quran surah Luqman ayat 27: “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta, ditambah kepadanya tujuh laut sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana “.
“Ayat itu adalah cabaran, kita dituntut untuk terus mendedahkan kebesaran Al-Quran”, ujarnya. Disisi lain, kita akan menjadi semakin tunduk dan dekat dengan Allah pencipta alam raya ini.