Sunday, 15 January 2012

Doa Nabi Yunus

DoaNabi Yunus dimulakan dengan bacaan “La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin” pada ayat bermaksud “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Doa yang mujarab ini diucapkan oleh Nabi Yunus sebagaimana dirakamkan oleh Allah dalam ayat 87 pada Surah Al-Anbiya.

  Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun Nun (gelaran bagi Nabi Yunus), ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

 Doa ini sesuai diamalkan pada bila-bila masa.

Comments
0 Comments
Khas dari:

KhasiatQuran2u.info

Kemaskini: 05:18

0 comments:

Post a Comment

Penyumbang trafik

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hosted Desktop