Naskhah Al-Quran bersadur emas ini bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan di pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bermula pada 14 Febuari hingga Julai depan.
Al-Quran bersadur emas ini dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China. Artifak ini dipercayai dibawa oleh Turkestan oleh seorang guru agama berbangsa Arab ketika Dinasti Ming, yang kemudiannya di bawa ke Yunan, China.
Pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran. Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, bayaran dikenakan adalah RM10 untuk dewasa dan RM 5 untuk warga emas dan kanak-kanak. Menurutnya lagi, pameran bertaraf antarabangsa ini adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.
Dipetik dari berita KOSMO! 23.1.2012